Wanita Yang Suka Kentut Depan Pasangan Adalah Seorang Yang Jujur



Kentut merupakan proses keluarnya gas yang telah dihasilkan di dalam saluran pencernaan melalui anus. 




Wanita Yang Suka Kentut Depan Pasangan Adalah Seorang Yang Jujur




Setiap orang sudah pasti akan ‘melepaskan hajat’ ataupun kentut. Kentut
dibebaskan dengan tekanan yang kuat atau perlahan ,tanpa bunyi atau
berbunyi . Ianya akibat otot sfinkter bertenang secara sengaja atau
tidak sengaja.







Ada dikalangan kita tidak suka kentut sesuka hati ditempat awam kerana
ia dianggap perbuatan yang kurang sopan dan sangat kurang ajar. Namun
begitu, kentut adalah salah satu perbuatan yang bukan disengajakan,
kadang kala ianya keluar tanpa sengaja.





Sesetengah orang menganggap kentut bukan sesuatu yang boleh
ditahan-tahan, itu tidak wajar di tempat awam ataupun dihadapan orang,
kerana dianggap tidak sopan. Selalunya kaum lelaki suka kentut di tempat
awam, bagi mereka ianya perkara biasa yang tidak perlu dimalukan.




Bagi wanita pula, ada diantara mereka segan kentut di tempat awam kerana
menganggap ianya tidak wajar, kerana bau kentut akan menganggu suasana
dan tidak sopan. Namun begitu, bagi sesetengah orang menilai peribadi
seseorang melalui kentut!



Wanita yang kentut di tempat awam dikatakan mempunyai peribadi yang
lebih jujur dan bersifat terbuka. Adakah ianya betul atau sekadar
sindiran bagi kaum wanita?




Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa, mereka yang tidak merasa segan
apabila terkentut dihadapan temannya, mereka seorang yang sangat berani
dan jujur. Namun begitu, jangan pula anda sesuka hati kentut melainkan
anda tidak sengaja.




Kesimpulannya adalah, kentut itu tidak salah, tetapi biar kena pada masa
dan tempatnya. Jika sudah tidak tahan untuk kentut, sebaiknya anda bawa
diri ke tempat yang agak jauh dari teman anda, supaya bau kentut anda
tidak terhidu dan tidak menganggu orang lain ya!


Sahabat keluarga sehat


sumber : id.theasianperent.com



 










Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel